Sumbangan Am untuk AHIIA dan pengurusan.
Sumbangan ini adalah bertujuan melancarkan pengurusan 80 pelajar.
Pelajar-pelajar ini adalah sebahagiannya dari kalangan pelajar yang kurang berkemampuan dari pelbagai kategori seperti anak yatim, fakir miskin, selain keluarga berpendapatan rendah. Kami sedaya upaya menyediakan kemudahan dari semua sudut mulai pembelajaran, kesihatan, keraian, makan minum, dan sebagainya supaya mereka untuk mendalami agama dengan baik.
Selain dari kutipan bayaran yuran, kami juga bergantung kepada sumbangan dari orang ramai bagi menjalankan urusan harian. Antaranya bagi menampung perbelanjaan utiliti (api dan air), baikpulih kerosakan, barangan dapur dan sebagainya.
Untuk pengetahuan tuan/puan, kami sangat kurang mendapat bantuan daripada NGO atau syarikat swasta. Oleh itu, kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan/puan dan syarikat tuan/puan membuat Corporate Social Responsibility (CSR) di tempat kami. Semoga penglibatan bersama akan memberi kelancaran dalam menjayakan Madrasah ini. Kami mengalu-alukan dan menjemput tuan/puan hadir melawat ke Madrasah kami.
Mudah-mudahan kunjungan tuan/puan membawa rahmat buat kami. Amin.Sekiranya tuan/puan ingin menyumbang, bolehlah menyumbang ke nombor akaun yang tertera 🤗 :
atau tekan link ini:-
https://toyyibpay.com/akademi-huffaz-assyyakirin
MAYBANK -564221650239 AKADEMI HUFFAZ ASSYAKIRIN