Pengenalan
Sekolah Rendah Islam Huffaz Assyakirin (ahiia) ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang cenderung menghantar anak mereka ke sekolah yang menggabungkan pendidikan akademik dan agama.
Memberi pendidikan Islam yang terancang, teknik pembelajaran yang efektif, penuh intensif berinovatif bersesuaian dan berteraskan Tauhid selaras dengan tuntutan Allah SWT.
Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi cawangan BSP dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Peperiksaan yang akan diduduki ialah UPKK, PSRA bagi cawangan BSP, manakala peperiksaan UPKK dan UPSRA bagi cawangan
Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) Jabatan Agama Islam (kedah) bagi cawangan BSP dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor. Peperiksaan yang akan diduduki ialah UPKK, PSRA bagi cawangan muar, sungai petani , manakala peperiksaan UPKK dan UPSRA bagi cawangan Muar
Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al Quran.
Info Persekolahan
Subjek Akademik | Subjek Dinniyah | ||
1. | Bahasa Melayu ( Pemahaman & Penulisan ) | 1. | Tahfiz Al-Quran / Hira’ |
2. | Bahasa Inggeris | 2. | Akhlak |
3. | Matematik | 3. | Bahasa Arab |
4. | Sains | 4. | Feqah |
5. | bahasa cina | 5. | Jawi / Imlak / Khat |
6. | Sirah | ||
7. | Tajwid | ||
8. | Tauhid |
SYARAT KEMASUKAN
Kurikulum
- Pengkhususan Tahfiz bagi matapelajaran Tahfiz Al-Quran
- Korikulum sekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melayakkan pelajar mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
- Menggunakan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) untuk kelayakkan mengambil Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA) Dan mengikut keperluan Jabatan Agama Islam DI daftarkan.
- Juga menggunakan kurikulum daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).
Kesinambungan Persekolahan
Pelajar yang tamat dari sekolah ini layak meneruskan pengajian ke institusi berikut :
- Sekolah Menengah Islam Tahfiz Assyakirin ( AHIIA )
- Sekolah Menengah Agama JAIS
- Sekolah Menengah Kerajaan
- Sekolah Menengah Swasta
dan seterusnya ke Institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan luar negara.
Waktu Pengajian
- 7.30 pagi – 5.30 petang ( Setiap hari Isnin hingga Khamis )
- 7.30 pagi – 12.30 tengahari ( Jumaat sahaja )
- Cuti hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum
Aktiviti & Ko-kurikulum
- Tunas Kadet Amal Malaysia
- Seni Bela Diri Taekwondo
- Memanah
- Berkuda
- Kelab Seni Kreatif & Rekacipta
- Sukan Memanah & Berenang
- Seminar & Motivasi Pelajar
- Kursus Kepimpinan & Jati Diri
- Lawatan & Perkhemahan
- Hari Sukan & Hari Terbuka
- Hari Kecemerlangan Pelajar (Ihtifal)